Posts

SOALAN KEEMPAT

 BAGAIMANA NASIONALISME DI ASIA TENGGARA TELAH MEMPENGARUHI POLITIK DUNIA Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia di mana kita dapat lihat bahawa nasionalisme di Thailand yang dipelopori oleh Raja Thailand, Raja Mongkut telah membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British,Amerika Syarikat dan Perancis. Langkah ini membawa kepada langkah pemodenan bagi negara Thailand. Semasa zaman pemerintahan Raja Vajiravudh,Thailand telah jatuh kerana kelemahan pentadbiran. Hal ini menyebabkan beberapa rakyat menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai. Seterusnya, Thailand menjalankan kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Hubungan ini menyebabkan Thailand tidak dijajah oleh Jepun. Thailand juga mendapat hak semula terhadap wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu. Nasionalisme ini meyebabkan hubungan politik antara Thailand dan Jepun menjadi erat. Isu ini dapat dikaitkan dengan key concept Change di mana Thailand merubah kerjasama ...

SOALAN KELIMA

 DEBATABLE - GENERASI MUDA HARI INI TIDAK PATRIOTIK DAN HILANG JATI DIRI. HUJAHKAN Pada pendapat saya, pemuda zaman kini kurang patriotik dan hilang jati diri kerana pengaruh budaya barat yang tinggi terhadap generasi kini menjadikan mereka hilang jati diri. Hal ini kerana mereka terikut-ikut akan gaya pemakaian dan pergaulan bebas yang dilakukan oleh masyarakat barat yang menyebabakan mereka lupa akan budaya dan adat sendiri. Sebagai contoh, generasi kini lebih mengagungkan budaya barat dalam urusan perkahwinan seperti mereka hanya melamar pasangan masing di restoran mewah dan merneruskan urusan pertunangan dan perkahwinan tanpa mengikut adat orang Melayu untuk merisik atau meminang terlebih dahulu. Selain itu, mereka menjadi sebegini kerana kurang rasa cinta akan negara dan kurang pendedahan tentang sejarah negara kita. Hal ini kerana rakyat zaman sekarang lebih mengutamakan kemewahan hidup dan kesejahteraan mereka sendiri. Masyarakat kini leka dengan kesenangan dunia yang mereka...

SOALAN KETIGA

 PERJUANGAN NASIONALIS DI SELURUH DUNIA TELAH MEMBERI KESAN KEPADA NASIONALISME ORANG MELAYU SEBELUM MERDEKA. JELASKAN Perjuangan nasionalis di seluruh dunia sedikit sebanyak memberi kesan kepada nasional orang Melayu. Gerakan nasionalisme empayar Uthmaniyah yang mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan  telah memberi kesan kepada orang Melayu di Tanah Melayu. Gerakan Pan-Islamisme telah menubuhkan gerakan kumpulan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa Islam untuk lebih maju yang dinamakan sebagai al-Urwah al-Wuthqa. Mereka juga mewujudkan akhbar di mana namanya sama seperti gerakan tersebut bagi menyebarkan idea Pan-Islamisme. Pemerintah Uthmaniyah yang menggerakkan idea ini telah mendapt sokongan daripada umat Islam di seluruh negara termasuk Tanah Melayu. Kesannya, Tok janggut telah bangkit memperjuangkan agama Islam dengan menentang British pada tahun 1915 dan menegakkan hukum hakam agama Islam. Isu ini dapat dikaitkan dengan related concept Processes di mana ...

SOALAN SATU

        BAGAIMANA SEMANGAT TERSEBUT TELAH MEMPENGARUHI SEMANGAT NASIONALISME DI ASIA TENGGARA? Semangat yang dinamakan semangat nasionalisme ini telah mempengaruhi nasionalisme di Asia Tenggara dengan adanya rakyat-rakyat yang ingin mempertahankan hak dan keadilan untuk sesama mereka. Isu ketidakadilan yang timbul dalam pemerintahan menjadi salah satu faktor kemunculan parti-parti dan liga-liga yang ingin memperjuangkan bangsa dan negara mereka.Seluruh rakyat bersatu padu dan membentuk gerakan untuk mempertahankan keadilan hak mereka Sebagai contoh, di Filipina, semangat nasionalisme ini muncul dalam golongan rakyat kerana mereka ingin menghapuskan penjajahan asing yang terdapat dalam negara mereka.  Perkara ini berkait rapat dengan related concept Causality kerana disebalik setiap gerakan semangat nasionalisme wujud terdapat tujuan tertentu di mana rakyat-rakyat ingin mempertahankan dann memperjuangkan hak keadilan mereka.

SOALAN KEDUA

 SEJAUHMANAKAH PERUBAHAN POLITIK DUNIA TELAH MERUBAH TINDAKAN DAN PEMIKIRAN ORANG MELAYU SEBELUM MERDEKA Perubahan politik telah menyebabkan orang Melayu mula mengubah cara pemikiran mereka untuk lebih maju. Perubahan politik pada zaman dahulu di mana kuasa Barat dan kuasa asing yang lain mula sibuk untuk merancang strategi bagi menjajah negara-negara di serata dunia bagi memperoleh kuasa penjajahan yang besar. Hal ini telah menyebabkan orang-orang Melayu sedaya upaya untuk memepertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara daripada dijajah. Mereka mula mewujudkan pentadbiran yang unggul dan lebih sistematik bagi mengelakkan kuasa asing untuk campur tangan. Sebagai contoh, Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah telah menyerang Portugis sebanyak tiga kali bagi mendaptkan semula Melaka yang telah dijajah.  Isu ini dapat dikaitkan dengan Key Concept Change di mana kita dapat lihat perubahan cara pemikiran dan tindakan orang Melayu dalam mempertahankan kesejahteraan dan kese...