SOALAN KELIMA

 DEBATABLE - GENERASI MUDA HARI INI TIDAK PATRIOTIK DAN HILANG JATI DIRI. HUJAHKAN


Pada pendapat saya, pemuda zaman kini kurang patriotik dan hilang jati diri kerana pengaruh budaya barat yang tinggi terhadap generasi kini menjadikan mereka hilang jati diri. Hal ini kerana mereka terikut-ikut akan gaya pemakaian dan pergaulan bebas yang dilakukan oleh masyarakat barat yang menyebabakan mereka lupa akan budaya dan adat sendiri. Sebagai contoh, generasi kini lebih mengagungkan budaya barat dalam urusan perkahwinan seperti mereka hanya melamar pasangan masing di restoran mewah dan merneruskan urusan pertunangan dan perkahwinan tanpa mengikut adat orang Melayu untuk merisik atau meminang terlebih dahulu.

Selain itu, mereka menjadi sebegini kerana kurang rasa cinta akan negara dan kurang pendedahan tentang sejarah negara kita. Hal ini kerana rakyat zaman sekarang lebih mengutamakan kemewahan hidup dan kesejahteraan mereka sendiri. Masyarakat kini leka dengan kesenangan dunia yang mereka rasai sehingga mereka lupa akan kesusahan masyarakat zaman dahulu dalam menentang penjajahan kuasa asing.

Seterusnya, generasi kini mulai sibuk dengan urusan masing-masing dengan menikmati segara kemudahan teknologi yang canggih dan kehidupan yang lebih harmoni. Hal ini kerana mereka tidak menghargai dan mengingati perjuangan daan jasa para pewira negara dalam menentang penjajahan Tanah Melayu bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan. Hal juga menyebabkan mereka lebih lalai dalam kehidupan mereka sendiri.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menanam rasa cinta akan negara dan menyemaikan semangat patriotisme dalam diri sendiri sebagai tanda penghargaan kepada para pejuang negara. Kita juga perlu memberikan lebih pendedahan tentang sejarah negara kepada golongan remaja dan kanak-kanak supaya negara kita lebih dihargai oleh generasi akan datang.

Comments