SOALAN KEEMPAT
BAGAIMANA NASIONALISME DI ASIA TENGGARA TELAH MEMPENGARUHI POLITIK DUNIA Nasionalisme di Asia Tenggara telah mempengaruhi politik dunia di mana kita dapat lihat bahawa nasionalisme di Thailand yang dipelopori oleh Raja Thailand, Raja Mongkut telah membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British,Amerika Syarikat dan Perancis. Langkah ini membawa kepada langkah pemodenan bagi negara Thailand. Semasa zaman pemerintahan Raja Vajiravudh,Thailand telah jatuh kerana kelemahan pentadbiran. Hal ini menyebabkan beberapa rakyat menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai. Seterusnya, Thailand menjalankan kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Hubungan ini menyebabkan Thailand tidak dijajah oleh Jepun. Thailand juga mendapat hak semula terhadap wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu. Nasionalisme ini meyebabkan hubungan politik antara Thailand dan Jepun menjadi erat. Isu ini dapat dikaitkan dengan key concept Change di mana Thailand merubah kerjasama ...